here's the essay. i put this on this blog 'cause i wanna delete it from my thumbdrive. hahaha
Tika ini, rata-rata penduduk sibuk membincangkan keselamatan produk import yang dibawa masuk dari negara
Fokus pertama diberikan pada peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan keselamatan produk. Rukun Negara
Tanggungjawab seterusnya adalah mengaktifkan pengkajian produk terutamanya ubat-ubatan dan makanan yang diimport dari negara luar terutamanya dari negara yang mengalami masalah penularan penyakit berbahaya begitu juga dengan produk-produk yang dihasilkan dalam negara. ‘Jangan sudah terantuk, baru nak terngadah’, langkah awal yang diambil dalam perlaksanaan tanggungjawab ini akan membantu mengelak daripada konsekuensi pengancaman kesihatan orang ramai. Langkah yang diambil Australia yang menjalankan kajian terhadap setiap produk di negara tersebut menerusi jabatan penyelidikannya, Food Standards Australia New Zealand (FSANZ) harus diambil contoh kerana hasil daripada kewaspadaan ini, Australia telah menguraikan kandungan melamin yang tinggi dalam produk teh susu Kirin buatan Negara China. Pada tarikh 26 September 2008, Berita Kesihatan dari laman web Earthtimes.org melaporkan bahawa keju yang digunakan untuk membuat pizza di Pizza Hut Taiwan sebenarnya mengandungi kandungan melamin yang tinggi yang, memudaratkan kesihatan. Warna warta mengejutkan ini seakan-akan memberi amaran kepada pihak kerajaan untuk menjalankan penyelidikan terhadap produk-produk yang menembusi pasaran negara dengan lebih intensif.
Peranan pengambilan tindakan yang pantas terhadap kontaminasi produk yang tidak selamat digunakan memaparkan kejayaan pelaksanaannya oleh kerajaan yang dapat dibuktikan melalui pengarahan Datuk Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan kepada kedai-kedai dan pasaraya-pasaraya untuk memusnahkan semua stok gula-gula White Rabbit keluaran negara China yang disahkan mengandungi lebih 50 kali jumlah kandungan melamin yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan. Mana-mana kedai atau pasaraya yang enggan akur dengan arahan ini akan dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan. Kerajaan juga tangkas bertindak dengan meminta bantuan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, juga Jabatan Kimia untuk turut sama melaksanakan cerakinan terhadap sampel-sampel produk dari negara China bagi mempercepat kajian keselamatannya. Produk-produk yang telah ditemui tidak selamat kepada pengguna adalah seperti Menthos Yogurt, Kek Kacang Double Lantern, Kek Gulung Coklat Tongxi Foods, dan lain-lain lagi. Jika peranan mengambil tindakan pantas tidak terlaksana, bayangkan sahaja betapa ramai pengguna terutamanya kanak-kanak akan mengadu kesakitan dan disahkan menghadapi penyakit batu karang.
Setelah mempelajari terdapatnya kepincangan dalam institusi-institusi penyelidikan untuk mengawal mutu produk di Malaysia, munculnya peranan untuk memperbanyak institusi-institusi sedemikian yang perlu dipikul di pundak pihak kerajaan. Sememangnya, telah sedia ada berbagai-bagai institusi penyelidikan kualiti di negara ini seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), seumpamanya, juga Perkhidmatan Pemeriksaan dan Kuarantin Pertanian Malaysia (MAQIS) yang baru sahaja ditubuhkan untuk memastikan produk pertanian berkenaan selamat dan berkualiti, namun, kerajaan harus memberi lebih peruntukan untuk memastikan institusi-institusi sedia ada ini dapat menjalankan cerakinan secara efektif. Pihak kerajaan, khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga berperanan menyalurkan pendidikan kepada orang ramai mengenai hak-hak penggunaan yang mereka perolehi dengan cara melaksanakan kempen sebagai satu alternatif.
Beralih pula kepada peranan yang dipegang oleh industri, akta-akta dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan harus dipatuhi secara tegar. Sebagai contoh, Kementerian Kesihatan telah melestarikan bahawa setiap produk ubat-ubatan harus didaftarkan kepadanya. Industri-industri pengeluar barangan perubatan harus akur dengan arahan ini dengan mendaftarkan produk-produk mereka. Dalam pada itu, kebersihan dan keselamatan produk-produk yang dihasilkan oleh industri pengeluaran harus dipastikan melalui pamantauan di kilang-kilang pemprosesan secara konsisten. Pemantauan ini dapat dilaksanakan oleh komisaris-komisaris yang dilantik oleh induk sesebuah industri tersebut. Imam Al-Ghazali seorang tokoh Islam pernah berkata, “Rajin ialah penawar yang paling mujarab sedangkan malas ialah racun yang sangat berbisa”. Dalam konteks ini, rajin melaksanakan pemantauan akan bertindak sebagai penawar kepada kerendahan kualiti produk. Sementelahan itu, kesahihan label seperti kandungan nutrien pada pembungkusan produk harus dikenal pasti agar pengguna memperoleh informasi yang tepat dan sahih.
Sebesar-besar peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan dan industri, sesungguhnya, golongan pengguna adalah nadi kepada kepastian keselamatan produk. Pertama sekali, pengguna berperanan untuk sentiasa memeriksa label pada pembungkusan barang sebelum mengambil keputusan untuk membeli. Bagi pengguna beragama Islam, logo ‘Halal‘ oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) harus sentiasa diperiksa. Sebelum pembelian barangan elektronik pula, adalah penting untuk memastikan barangan itu adalah asli dan disahkan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Industri (SIRIM). Paling penting, sebelum membeli produk-produk makanan, harus diperiksa tarikh luputnya terlebih dahulu. Tindakan-tindakan ini mungkin dianggap remeh dan leceh oleh segelintir komuniti pengguna dan anggapan ini membuatkan mereka terjurus ke arah ketaufahan, namun kealpaan inilah yang sering membawa kepada konsekuensi tertipu dalam urusan pembelian. Seperti yang tercatat di dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 195, “Janganlah kamu menjatuhkan diri sendiri kedalam kebinasaan.”
Pada era moden ini, pelbagai persatuan pengguna telah ditubuhkan khusus untuk melindungi hak-hak konsumerime para pengguna. FOMCA iaitu Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia, seumpamanya, diasaskan dengan objektif untuk mempertingkatkan kuasa beli pengguna dan pembangunan berasaskan keperluan yang memastikan keadilan sosio-ekonomi dan alam sekitar bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat. Justeru, sebagai pengguna yang bijak, para konsumer bertanggungjawab untuk menyertai persatuan-persatuan ini dan mengikuti program-program yang dianjurkan. Salah satu program anjuran FOMCA adalah Bengkel Wanita dan Memperkasa Pengguna Muda Sebagai Pengguna Bijak pada 18 November tahun lepas. Saluran pendidikan begini menjadi orientasi kepada melahirkan pengguna yang ortodoks untuk menjauhi kilah dalam urusan jual-beli.
Bagi pengguna yang telah diperdaya, tanggungjawab melakukan aduan kepada pihak sepatutnya wajar dilaksana. “Allah hendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak hendaki kamu menangguh kesukaran” Surah al-Baqarah,ayat 185. Sesungguhnya pengaduan secara tangkas akan membantu menyelesaikan kemusykilan pengguna. Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Datuk Haji Mohd Shafie, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 13 Julai 2004, ada untuk menyalurkan aduan kepada pihak bersesuaian untuk selesaikan permasalahan dan sebagai wahana antara pengguna dan peniaga. NCCC mempunyai konsensus dengan pelbagai cabang pihak seperti Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Majlis Peguam, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, dan lain-lain yang memudahkan penyiasatan dan tindakan dijalankan. Oleh itu, golongan konsumer harus tidak menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’ dan mengambil tahu mengenai kewujudan pusat khidmat ini.
Peranan pengguna yang dinyatakan bukan hanya tertumpu kepada masalah keselamatan produk, tetapi juga masalah keselamatan perkhidmatan, seperti perkhidmatan pinjaman oleh ceti haram yang popular dengan gelaran ‘Along’ yang mengancam keselamatan orang ramai yang membuat pinjaman. Bagi pihak kerajaan, tanggungjawab yang besar dipikul bagi memastikan keselamatan perkhidmatan di Malaysia. Sektor perkhidmatan yang sering dikhuatiri keselamatannya ialah sektor pengangkutan. Beberapa tahun lepas, rakyat digemparkan dengan khabar kemalangan bas ekspres yang disebabkan oleh pemandu mabuk yang menyebabkan kematian penumpang. Oleh yang sedemikian, kerajaan berperanan untuk memastikan pemandu pengangkutan awam mendapat kelayakan sepatutnya. Kontemplasi mengenai obligasi ini telah membawa kepada keputusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengambil alih Skim Pemeriksaan Perubatan yang lebih dikenali sebagai Skim e-Kesihatan daripada syarikat swasta bagi memeriksa tahap kesihatan pemandu untuk melayakkan mereka membawa penumpang menggunakan perkhidmatan awam. Dengan ini, keselamatan para penumpang akan menjadi lebih terjamin.
Industri-industri yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan bertanggungjawab menjalankan ujian keselamatan bagi pengangkutan-pengangkutan baru seperti yang diaplikasikan oleh Stesen Perkhidmatan Kereta Api Bukit Bendera yang melaksanakan peranan ini sebelum dibuka kepada orang ramai. Sebelum ini, Stesen Kereta Api Bukit Bendera telah ditutup kerana terdapat kabel yang rosak dan bagi tujuan keselamatan, kabel baru telah ditempah dari Switzerland untuk memastikan kualitinya. Pemeriksaan yang konsisten juga menjadi tanggungjawab industri bagi memberi kepastian alat pengangkutan sentiasa berada dalam keadaan baik. ‘Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.’ Akibat daripada pengabaian kewajipan ini, lebih 70 penumpang cedera dalam penerbangan kapal terbang Qantas dari Singapura ke Perth kerana instrumen kapal terbang tersebut mempunyai masalah sistem stabilisasi.
Meninjau pula pada insiden yang berlaku di negara China, sebanyak sembilan buah hospital rasmi di China termasuk hospital nombor satu negara tersebut yang turut dilengkapi sebuah sekolah perubatan, Universiti Xi’an Jiaotong dibubarkan kerana menyembunyikan kematian lapan orang bayi. Sebagai pengajaran, pihak kerajaan berperanan memantau hospital-hospital yang menawarkan perkhidmatan kesihatan untuk memastikan jaminan keselamatan dan ketelusan pihak hospital. Semestinya tidak absurd, penyelewengan pihak warga hospital boleh berlaku secara andikara terhadap pesakit jika tidak dipantau oleh pihak berkuasa.
Peranan dan tanggungjawab kerajaan, industri, dan konsumer dalam memastikan keselamatan produk dan perkhidmatan di tanah air sesungguhnya tidak terhad dan sesuatu yang abstrak. Justeru, sebagai tuntas, konsensus harus terjalin oleh semua pihak sebagai wadah untuk terus memastikan produk yang dipasarkan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia adalah selamat.
2 comments:
ni yang kita and arina tolong typekan tu ke? haha.
aah la.. hahahahh..
sori, kte xbjaye menang.. xdpt share duit hadiah.. hhahahahahha =))
Post a Comment