Thursday, December 9, 2010

pahit dan manis

teringat aku waktu itu
sembunyi aku menahan sendu
luluh air mata meneman pilu
puas diketawa, puasku dimalu
siapalah aku? siapa yang tahu.


dikalangan mereka, ku miskin hina,
tiada rupa, tiada istimewa,
remajaku disitu banyak peritnya
segelintir sahaja mahu mendengar
sebahagian besar tiada kisah.


krisis identiti membentuk diriku kini
bukan kehendakku, pendiam dan penyendiri
cubaku ubah penampilan personaliti
di tempat baru, ku gapai mimpi
kupanjatkan syukur ke hadrat Ilahi,
semua impian kini kukecapi
ku bukan lagi gadis ditepian,
tetapi gadis berani dihadapan.


pengalaman mengajar erti kehidupan,
pahit dan manis keduanya ditelan,
mengapa kisah pandangan jelingan?
kalau kau mahu maju kehadapan
kaulah perwira di diari yang kau simpan =)


8:04 pm
9 Disember 2010
Port Dickson

0 comments: