samar-samar sang cahaya menyinggah
cukup untuk melakar bentuk objek sekitar
tertiarap aku di atas kamar
menekur sambil muzik lara berkumandang di telinga
tersenyum aku di kala teringat akan kebodohan
empat tahun lalu cukup bersejarah
bagai rusa masuk ke kampung
kumula dengan kejahilan
aku kini telah banyak berubah
bukan aku yang dulunya terlalu berani
melakukan perkara tak dapat diterima akal
menconteng arang di atas muka sendiri
perkara yang tidak mungkin akan ku ulangi
aku berani bersumpah!
cukuplah sekali pengalaman mengajarku..
malam makin tua
mataku masih bundar melihat ke luar jendela
rasa pelik mula meruntun dalam atma
siapakah aku? siapalah aku..
pentingkah aku dihati mereka?
terasa jarum dan duri bagai menusuk didada
kerana aku terlalu kasih
teramat sayang akan mereka
bagaimana jika tiba-tiba
hari esok tiada lagi buat diriku
kisahkah mereka?
sedangkan hari biasa aku selalu membisu
hanya bersuara mengikut keadaan
adakah mereka akan merasa kehilangan?
aku takut
aku cukup takut
jika sebaliknya yang terjadi
tidak mengapa jika kehilangan aku tidak dirasai
jangankan pula mereka gembira dan bersorak
setelah aku pergi..
Itinerari percutian bajet ke London (3H3M/4H4M)
6 years ago
1 comments:
beautiful!
i like the last part...
"tidak mengapa jika kehilangan aku tidak dirasai
jangankan pula mereka gembira dan bersorak
setelah aku pergi.."
Post a Comment